TAJUK : BENGKEL SMART SIFIR
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH
TUJUAN
Bengkel smart sifir ini diadakan untuk mengisi masa belajar sempena cuti persekolahan dan bertujuan untuk memupuk semangat belajar khususnya untuk pelajar sekolah rendah yang lemah dalam subjek matematik juga untuk meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu,ia mampu meningkatkan minat dengan bantuan PI yang menyediakan pelbagai kemudahan ICT lagi menarik minat dalam pembelajaran.
Matlamat Program Smart Sifir
- Menguasai kemahiran mengingati sifir
- Persediaan untuk menghadapi ujian akademik
- Dapat melatih dalam kemahiran menaip menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel
- Melatih para peserta berfikir secara pantas dan bertindak dengan bijak serta bersaing bersama-sama dengan peserta lain secara positif.
AKTIVITI
Program ini berlangsung sepanjang cuti persekolahan 2019 yang bermula dari 25 November 2019 dan berakhir pada 27 December 2019. Bengkel ini akan di adakan empat hari seminggu iaitu isnin sehingga khamis. Pada hari isnin dan selasa peserta akan mempelajari dengan menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel manakala hari rabu dan khamis petugas PI akan memberi kelas praktikal kepada peserta.
TARIKH : 16 NOVEMBER 2019
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM
PENGUNJUNG : 112 ORANG
TUJUAN
Memperkenalkan PI secara keseluruhan dimana PI menyediakan pelbagai kemudahan ICT untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti yang merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar PI. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan,pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Pembangunan aplikasi ini diharapkan dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
AKTIVITI
Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi di mana semua pengunjung dan peserta dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan pada Hari Bersama Komuniti Kg Penan Muslim 2019:
Pendaftaran peserta dan pengunjung
Pemeriksaan kesihatan
Bengkel Keusahawanan
Pertandingan Membuat Tag Produk
Pertandingan MyShop
Pertandingan Menaip pantas
Pertandingan Membuat Video (Menarik di Kampung Saya)
Pertandingan Mewarna Poster
Pertandingan Mengarang Artikel
Kuiz Kahoot
Terdapat juga berberapa agensi yang terlibat untuk pameran dan taklimat. Antaranya adalah:
Kementerian Kesihatan
Telekom Malaysia (TM) Bintulu
Lembaga Tabung Haji
Celcom
Pada jam 10.30 pagi semua pengunjung diberi taklimat Klik dengan Bijak daripada petugas pusat internet mengenai Penipuan di Internet dan taklimat juga promosi daripada agensi yang terlibat. Program diteruskan dengan Ceramah kesihatan daripada Kementerian Kesihatan tentang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Tarikh : 8 JULAI 2018 Masa : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG Lokasi : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM Pengunjung : 76 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan dan silaturahim penduduk kampung dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat melalui program sebegini. Selain itu, komuniti juga didedahkan dengan penggunaan internet dengan bijak dengan Taklimat klik dengan bijak yang diberikan oleh petugas.
AKTIVITI
Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi di mana semua peserta dan pengunjung dikehandaki untuk mendaftar. Kemudian, aktiviti dimulakan dengan pertandingan mewarna bagi katergori sekolah rendah, menengah dan dewasa. Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan mewarna masing-masing dan masa diberikan adalah 1jam. Pada jam 11.30 pagi semua peserta diberikan taklimat klik dengan bijak dan kuiz. Peserta yang dapat menjawab kuiz klik dengan bijak yang betul diberikan hadiah saguhati. Selepas itu, peserta dijemput untuk jamuan makan tengahari sebelum majlis penyampaian hadiah diadakan.
Tarikh : 20 JANUARI 2019 Masa : 7.30 PAGI - 1.30 PETANG Lokasi : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM Pengunjung : 105 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.Selain itu, komuniti juga didedahkan dengan penggunaan internet dengan bijak dengan Taklimat klik dengan bijak yang diberikan oleh petugas.
AKTIVITI
Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi di mana semua peserta dan pengunjung dikehandaki untuk mendaftar. Antaran aktiviti yang diadakan adalah seperti :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada jam 11.30 pagi semua peserta diberikan taklimat klik dengan bijak dan kuiz. Peserta yang dapat menjawab kuiz klik dengan bijak yang betul diberikan hadiah saguhati. Selepas itu, peserta dijemput untuk jamuan makan tengahari sebelum majlis penyampaian hadiah diadakan.
Pendaftaran Ahli Baru |
Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniiti |
Senamrobik |
Demo Memberus Gigi Kanak-Kanak |
Saringan Kesihatan |
Pemeriksaan Gigi |
Pameran Kesihatan |
Ceramah Kesihatan |
Taklimat Klik Dengan Bijak |
Pertandingan Mewarna Poster |
Pertandingan Hidangan Sihat |
Pertandingan Makan Salad |
Pertandingan Kahoot Kuiz Kesihatan |
Pertandingan Bowling Kelapa |
Pertandingan Artikel Kesihatan (Mykomuniti) |
Pertandingan Menaip Pantas |
Pertandingan Aerodance |
Program Derma Darah |
Tarikh : 27 MEI 2018 Masa : 5.30PETANG- 7.00 MALAM Lokasi : PI KG PENAN MUSLIM Pengunjung : 50 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk memupukkan kerjasama di kalangan persatuan dalam kampung dan meningkatkan silaturahim di kalangan komuniti. Selain itu program ini juga menyerlahkan lagi aktiviti pusat internet kepada komuniti supaya komuniti dapat bekerjasama untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang memberi kebaikan kepada komuniti.
AKTIVITI
Program ini telah bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan aktivit gotong-royong memasak bubur pedas. Bubur pedas merupakan juadah yang popular di Sarawak ketika bulan Ramadhan. lebih kurang 15 orang yang terlibat dalam aktivit gotong-royang ini. Selepas asar, bubur pedas diagihkan kepada penduduk setempat. Kemudian program berbuka bersama komuniti menyusul selepas sedikit taklimat klik dengan bijak.