Tarikh : 25 Oktober 2020

Masa : 2.30 pm - 4.00 pm

Tempat : Pusat Internet Komuniti Kg Penan Muslim

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Antara aktiviti yang dilakukan adalah, Taklimat Klik Dengan Bijak (Oversharing), Puzzle Klik dengan bijak, Kuiz Kahoot Klik dengan bijak dan permainan Dam Ular.

 

GAMBAR DISINI

PERKARA : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

TARIKH : 30 OGOS 2020

MASA : 10.00AM

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

 

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang video kraftangan sempena bulan kemerdekaan yang disampaikan oleh ketua kampung Raini bin Piee. Video pendek yang berdurasi tidak melebihi 2 minit dan dikongsi ke Facebook masing-masing. Kraftangan adalah menggunakan bahan-bahan terpakai. Pemilihan pemenang adalah melalui like terbanyak. Peserta adalah terbuka kepada semua golongan umur dan merupakan ahli pusat internet.

Tujuan program video kraftangan

  1. Menggalakkan komuniti terus aktif dengan Pusat Internet
  2. Merapatkan hubungan bersama organisasi kampung & pusat internet
  3. Kitar semula barang terpakai
  4. Memupuk kerjasama kekeluargaan dalam menghasilkan kraftangan
  5. Sifat cintai Negara sempena merdeka

 

GAMBAR DISINI

TARIKH             : 21 DISEMBER 2019

MASA                : 7.30 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI             : PUSAT INTERNET KG  PENAN MUSLIM

PENGUNJUNG : 110 ORANG

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI secara keseluruhan dimana PI menyediakan pelbagai kemudahan ICT untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti yang merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar PI. Selain itu, aspek kesihatan juga diutamakan selain daripada lestari ICT.

 

AKTIVITI

Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi di mana semua pengunjung dan peserta dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan pada Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Kg Penan Muslim 2019:

 

Pendaftaran peserta dan pengunjung

Pemeriksaan kesihatan (KOSPEN)

Senamerobik

Demo Berus Gigi (Klinik Pergigian Bintulu)

Pertandingan Sushi Sihat

Pertandingan Mengisi Air dalam Botol

Pertandingan Menulis Artikel (Tips menjaga kesihatan)

Pertandingan Muat Naik Produk ke Myshop

Taklimat dan Kuiz Advokasi KDB

Kuiz Kahoot

Pertandingan Senaman Poco-poco

 

Terdapat juga berberapa agensi yang terlibat untuk pameran dan taklimat. Antaranya adalah:

 

Klinik Kesihatan Bintulu

Jabatan Pergigian Bintulu

Telekom Malaysia (TM) Bintulu

KWSP

Jabatan Pertanian Bintulu

 

GAMBAR DISINI

TARIKH : 15 OGOS & 22 OGOS 2020

MASA : 9.30 PAGI - 4.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

PESERTA : BERUMUR 7 TAHUN SEHINGGA 17 TAHUN

 

Bengkel ini dibuat untuk menggalakan dan membantu para remaja untuk mengikuti pertandingan poster yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Nama pertandingan adalah Poster Pusat Internet Pemacu Transofmasi Dunia Digital.

Syarat-syarat pertandingan:

  • Berumur 7 tahun sehingga 17 tahun
  • Warganegara Malaysia dah ahli berdaftar Pusat Internet di bawah kelolaan TM/MSD
  • karya sendiri tidak diciplak dan menggunakan aplikasi atau perisian di Pusat Internet masing-masing.
  • Perlu daftar sebagai peserta pertandingan dan mengikuti satu kelas aplikasi atau perisian.

 

Tujuan:

i. Menggalakkan Remaja Terus aktif dengan Pusat Internet

ii. Aktiviti kreatif untuk remaja

iii. Meningkatkan penggunaan My Vote dalam aplikasi Dashboard

iv. Membantu petugas capai KPI peserta Latihan multimedia

 

GAMBAR DISINI

TAJUK     : BENGKEL SMART SIFIR

LOKASI   : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

TUJUAN

Bengkel smart sifir ini diadakan untuk mengisi masa belajar sempena cuti persekolahan dan bertujuan untuk memupuk semangat belajar khususnya untuk pelajar sekolah rendah yang lemah dalam subjek matematik juga untuk meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu,ia mampu meningkatkan minat dengan bantuan PI yang menyediakan pelbagai kemudahan ICT lagi menarik minat dalam pembelajaran.

Matlamat Program Smart Sifir 

  1. Menguasai kemahiran mengingati sifir
  2. Persediaan untuk menghadapi ujian akademik
  3. Dapat melatih dalam kemahiran menaip menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel
  4. Melatih para peserta berfikir secara pantas dan bertindak dengan bijak serta bersaing bersama-sama dengan peserta lain secara positif.

 

AKTIVITI

Program ini berlangsung sepanjang cuti persekolahan 2019 yang bermula dari 25 November 2019 dan berakhir pada 27 December 2019. Bengkel ini akan di adakan empat hari seminggu iaitu isnin sehingga khamis. Pada hari isnin dan selasa peserta akan mempelajari dengan menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel manakala hari rabu dan khamis petugas PI akan memberi kelas praktikal kepada peserta.

GAMBAR DISINI