Kampung Penan Muslim terletak di Jalan Bintulu-Miri dan merupakan laluan Lebuhraya Pan Borneo. Pembinaan Lebuhraya ini dipercayai boleh mengembangkan kegiatan ekonomi yang terdapat di sepanjang jalan ini termasuklah penduduk di Kampung Penan Muslim. Beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman seperti kuih muih, nasi lemak, mee gorenag dan pelbagai juadah lain dibuka bagi memudahkan orang ramai dan para pekerja yang bekerja di sekitar untuk membeli makanan berbanding perlu ke bandar yang agak jauh. Gerai ini dibuka setiap hari dari awal pagi sehingga petang.

GAMBAR DISINI GERAI BATU 10