PUSAT EKONOMI DIGITAL KG PENAN MUSLIM

mengucapkan selamat datang dan terima kasih

kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami

Untuk peringkat fasa 1, sebanyak 18 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ditubuhkan di dalam negeri Sarawak. Kampung Penan Muslim telah dipilih menjadi salah satu lokasi penubuhan PEDi . Kedudukannya yang terletak di pinggir bandar dan penempatan sebagai sebuah kampung yang berpusat melayakkan Kampung Penan Muslim menjadi kawasan strategik untuk penubuhan PEDi.

PEDi Kampung Penan Muslim terletak di Lorong Bunga Anggerik di dalam Kampung Penan Muslim. PEDi ini terletak di tingkat bawah bangunan dua tingkat. Bangunannya terletak di tanah wakaf dan kini dijaga oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penan Muslim. Bangunan dua tingkat ini dahulunya digunakan sebagai Tadika Hikmah sehingga tahun 2006.

Pada tahun 2009, bangunan ini telah mula diubahsuai. Oleh kerana bangunan ini telah lama tidak digunakan, bekalan elektrik dan bekalan air telah diputuskan. Oleh yang demikian, beberapa halangan telah menyukarkan proses pengubahsuaian bangunan ini terutama pengubahsuaian bahagian dalam akibat daripada ketiadaan elektrik. Walaubagaimanapun, hujung tahun 2009, bangunan ini telah disiapkan dan semua peralatan di dalam PI1M telah tersedia pada awal tahun 2010.

PEDi Kampung Penan Muslim telah mula beroperasi secara rasmi pada 17 Mac 2010. Pada awal pembukaannya, sambutan amat menggalakkan kerana satu-satunya pusat internet yang terdekat di Kampung Penan Muslim.

Sejajar dengan penubuhan PEDi sebagai pusat merapatkan jurang digital, PEDi juga memberikan latihan ICT kepada komuniti yang telah menjadi ahli secara percuma seperti:

v  Pengenalan Asas Komputer

v  Asas Internet

v  Klik Dengan Bijak

v  Kelas Asas Keusahawanan

v  Intel Learn Easy Step (ILES)

v  Aplikasi  Elektronik

v  E-Kerajaan

v  E-Pembelajaran

v  E-Dagang

 

v  Desktop publishing seperti Microsoft Office

v  Microsoft Office Word

v  Microsoft Office Excel

v  Microsoft Office Powerpoint