Tarikh : 19 OKTOBER 2017 Masa : 8.30 PAGI – 5.00 petang Lokasi : PI1M KG PENAN MUSLIM Peserta : 55 ORANG |
Pada 19 oktober 2017, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim telah mengadakan Program cuti sekolah sempena dengan waktu cuti sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan ICT, kesedaran tentang internet dan aktiviti Dashboard Komuniti. Selain itu, program ini adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan aktivit yang berfaedah.
Program bermula pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran peserta. Program ini dimulakan dengan program mewarna yang terbuka kepada kategori A (5-7 tahun) dan kategori B (8-10 tahun). Kemudian, program diteruskan dengan taklimat Klik dengan Bijak dan Taklimat Dashboard Komuniti. Semua pengunjung dimaklumkan kewujudan aplikasi Dashboard komuniti yang boleh digunakan untuk mendapat pelbagai maklumat serta cara yang mudah untuk membuat hebahan dan maklumat kepada semua ahli PI1M berdaftar.
Program telah diteruskan pada jam 2.00 petang dengan pertandingan mencipta Kad Deepavali menggunakan Microsoft Word dan pertandingan Kuiz ICT dimana para peserta perlu mencari maklumat menggunakan internet. Pada akhir program, aturcara penyampaian hadiah kepada para peserta diadakan. Program ini telah disertai selama 55 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan ibu bapa.
Tarikh : 23 JULAI 2017 Masa : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG Lokasi : PI1M KG PENAN MUSLIM Peserta : 63 ORANG |
TUJUAN
Program ini telah dihadiri oleh 63 orang peserta yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah, belia dan dewasa. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti dan kepentingan penggunaan internet dengan bijak serta kesedaran E-waste. Selain itu, para peserta juga boleh membuat pemeriksaan kesihtan untuk mengetahui tahap kesihatan mereka.
AKTIVITI
Program bermula pada jam 8.30pagi dengan pendaftaran peserta. Kemudian diteruskan dengan taklimat Dashboard Komuniti dan taklimat MyHealth. Seramai 11 orang peserta dipindahkan ke Bilik Latihan untuk Bengkel Skrip ke Skrin. Dalam bengkel ini, peserta di bahagikan kepada 3 kumpulan. Peserta telah diajar beberapa modul iaitu Pre-production, Production dan Post-production yang merangkumi proses mendapatkan idea untuk membuat skrip, menjalankan pengambaran, peralatan yang diperlukan, jenis-jenis shot, cara penyuntingan dan sebagainya. Tema video yang perlu dihasilkan ialah “Buli Siber”. Pada masa yang sama, Bengkel Myshop dijalankan bersama peserta Usahawan di mana peserta perlu membawa produk-produk mereka. Pada sesi petang pula, taklimat Klik dengan Bijak dan E-waste berlangsung dan penyampaian hadiah kepada para peserta.