Tarikh        : 19 OKTOBER 2017

Masa         : 8.30 PAGI – 5.00 petang

Lokasi        : PI1M KG PENAN MUSLIM

Peserta      : 55 ORANG

  

 

 

 

 

Pada 19 oktober 2017, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim telah mengadakan Program cuti sekolah sempena dengan waktu cuti sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan ICT, kesedaran tentang internet dan aktiviti Dashboard Komuniti. Selain itu, program ini adalah untuk mengisi masa lapang para pelajar dengan aktivit yang berfaedah.

Program bermula pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran peserta. Program ini dimulakan dengan program mewarna yang terbuka kepada kategori A (5-7 tahun) dan kategori B (8-10 tahun). Kemudian, program diteruskan dengan taklimat Klik dengan Bijak dan Taklimat Dashboard Komuniti. Semua pengunjung dimaklumkan kewujudan aplikasi Dashboard komuniti yang boleh digunakan untuk mendapat pelbagai maklumat serta cara yang mudah untuk membuat hebahan dan maklumat kepada semua ahli PI1M berdaftar.

Program telah diteruskan pada jam 2.00 petang dengan pertandingan mencipta Kad Deepavali menggunakan Microsoft Word dan pertandingan Kuiz ICT dimana para peserta perlu mencari maklumat menggunakan internet. Pada akhir program, aturcara penyampaian hadiah kepada para peserta diadakan. Program ini  telah disertai selama 55 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan ibu bapa.

GAMBAR DISINI