TARIKH             : 16 NOVEMBER 2019

MASA                : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI             : PUSAT INTERNET KG  PENAN MUSLIM

PENGUNJUNG : 112 ORANG

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI secara keseluruhan dimana PI menyediakan pelbagai kemudahan ICT untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti yang merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar PI. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan,pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Pembangunan aplikasi ini diharapkan dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

AKTIVITI

Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi di mana semua pengunjung dan peserta dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan pada Hari Bersama Komuniti  Kg Penan Muslim 2019:

Pendaftaran peserta dan pengunjung

Pemeriksaan kesihatan

Bengkel Keusahawanan

Pertandingan Membuat Tag Produk

Pertandingan MyShop

Pertandingan Menaip pantas

Pertandingan Membuat Video (Menarik di Kampung Saya)

Pertandingan Mewarna Poster

Pertandingan Mengarang Artikel

Kuiz Kahoot

 

Terdapat juga berberapa agensi yang terlibat untuk pameran dan taklimat. Antaranya adalah:

Kementerian Kesihatan

Telekom Malaysia (TM) Bintulu

Lembaga Tabung Haji

Celcom

Pada jam 10.30 pagi semua pengunjung diberi taklimat Klik dengan Bijak daripada petugas pusat internet mengenai Penipuan di Internet dan taklimat juga promosi daripada agensi yang terlibat. Program diteruskan dengan Ceramah kesihatan daripada Kementerian Kesihatan tentang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

GAMBAR DISINI