Tarikh        : 28 JANUARI 2018

Masa         : 8.30 PAGI – 5.00 petang

Lokasi        : PI1M KG PENAN MUSLIM

Peserta      : 5 ORANG

 

 

 

 

 

 

Pada 28 Januari 2018, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim telah mengadakan Bengkel Keusahawanan - Membuat roti dan kek. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengajar pseserta cara-cara membuat roti dan kek yang sedap dan mudah untuk santapan sendiri mahupun tujuan perniagaan persendirian.

Tenaga pengajar iaitu Puan Noraini merupakan seorang pengusaha kek dan roti di sekitar Bintulu. Dia juga sering mengajar komuniti di daerah lain yang berminat untuk belajar cara-cara membuat kek dan roti. Dalam kelas ini, para peserta berpeluang untuk membuat roti dan kek bersama-sama tenaga pengajar. Para peserta juga diberikan buku resipi dan banyak tips berguna dalam pembuatan roti dan kek. Antara roti yang dibuat adalah bun sarang lebah, bun caterpillar, bun cheese, bun chicken floss dan mini pizza. Semua bahan disediakan oleh tenaga pengajar.

 

GAMBAR DISINI