Tarikh        : 31 DISEMBER 2017

Masa         : 8.30 PAGI – 5.00 petang

Lokasi        : PI1M KG PENAN MUSLIM

Peserta      : 20 ORANG

 

 

 

 

 

 

Pada 31 Disember 2017, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim telah mengadakan Program Jom Masuk Sekolah.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempersiapkan pelajar sekolah untuk menempuhi sesi persekolahan yang akan bermula pada 2 Januari 2018.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Taklimat Klik dengan Bijak, Taklimat e-waste, pertandingan mewarna, membalut buku sekolah, membuat tag sekolah dan pemeriksaan kesihatan (Ihealth).

Pada sebelah petang, program telah diteruskan pada jam 2.00 petang dengan pertandingan Kuiz Dashboard Komuniti dan pengetahuan am tentang Pusat Internet 1Malaysia. Pada akhir program, aturcara penyampaian hadiah kepada para peserta diadakan. Program ini  telah disertai selama 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan ibu bapa.

GAMBAR DISINI