TAJUK     : BENGKEL SMART SIFIR

LOKASI   : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

TUJUAN

Bengkel smart sifir ini diadakan untuk mengisi masa belajar sempena cuti persekolahan dan bertujuan untuk memupuk semangat belajar khususnya untuk pelajar sekolah rendah yang lemah dalam subjek matematik juga untuk meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu,ia mampu meningkatkan minat dengan bantuan PI yang menyediakan pelbagai kemudahan ICT lagi menarik minat dalam pembelajaran.

Matlamat Program Smart Sifir 

  1. Menguasai kemahiran mengingati sifir
  2. Persediaan untuk menghadapi ujian akademik
  3. Dapat melatih dalam kemahiran menaip menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel
  4. Melatih para peserta berfikir secara pantas dan bertindak dengan bijak serta bersaing bersama-sama dengan peserta lain secara positif.

 

AKTIVITI

Program ini berlangsung sepanjang cuti persekolahan 2019 yang bermula dari 25 November 2019 dan berakhir pada 27 December 2019. Bengkel ini akan di adakan empat hari seminggu iaitu isnin sehingga khamis. Pada hari isnin dan selasa peserta akan mempelajari dengan menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel manakala hari rabu dan khamis petugas PI akan memberi kelas praktikal kepada peserta.

GAMBAR DISINI