Terdapat pelbagai makanan yang sinonim bagi penduduk di Bintulu. Setiap makanan tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri dan menjadi pilihan utama masyarakat di sini tidak kira waktu. Ia juga mudah didapati sama ada di kedai makan, TAMU Bintulu, Pasar Raya mahupun dihasilkan sendiri.

Belacan Bintulu

Belacan Bintulu sememangnya terkenal dan cukup istimewa bagi penduduk Bintulu dan orang luar. Rasanya yang enak dan tidak berbau berbanding belacan dari tempat lain sentiasa mnejadikannya pilihan utama sebagai buah tangan. Ia diperbuat daripada bubuk berkualiti yang diperoleh dari pantai persisiran Bintulu. Bahan lain yang terdapat dalam belacan Bintulu adalah biji sagu hancur untuk memberikan rasa lemak, garam dan gula dengan sukatan yang tepat.

 

Cencaluk

 

 

Jika Kelantan terkenal dengan budu, Sarawak pula terkenal dengan cencaluk. Cencaluk juga dibuat daripada bubuk dengan dicampurkan sedikit gula dan garam. Ianya akan diperam selma beberapa hari sebelum cukup masak dan sedia unutk dimakan. Biasanya cencaluk dimakan bersama ulam-ulaman. Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, cencaluk dihidangkan dengan hirisan cili dan jus limau.

 

Ti'ong