LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nur Hafidah Binti Ali

Umur : 25 Tahun

Pekerjaan : Kerani

Pendidikan : Diploma

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 Saya merupakan seorang kerani akaun di sebuah syarikat swasta. Saya belum berkahwin dan menetap bersama keluarga di Kampung Penan Muslim. Saya sangat berminat dengan fesyen-fesyen muslimah dan menyebabkan saya terjebak dengan perniagaan tudung. Semasa belajar di IPT, saya telah bekenalan dengan seorang rakan yang juga mempunyai minat yang sama. Oleh kerana minat yang mendalam terdahap fesyen muslimah, saya dan rakan cenderung intk mengeluarkan produk dengan fesyen tudung dan hijab dengan fesyen tersendiri.

 Saya telah mengenali ICT sejak zaman persekolahan. Walaubagaimanapun, dengan wujudnya PIM yang berdekatan dengan rumah, adalah satu kelebihan untuk menambah ilmu berkaitan dengan ICT. Semenjak melibatkan diri dengan perniagaan, saya telah menjadikan internet iaitu facebook, whatsapp dan Instagram sebagai medium pemasaran. Ini adalah kerana, sasaran pembeli saya adalah secara meluas sehingga ke Semenanjung Malaysia.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Saya telah menghadiri beberapa kali program dan kelas yang telah diadakan di PIM. Salah satu bengkel yang sangat berguna ialah Bengkel Fotografi Produk. Ini adalah kerana, untuk membuat pemasaran di internet, gambar merupakan satu factor yang besar untuk menarik minat pembeli. Dengan itu, saya telah menggunakan ilmu fotografi ini untuk mengambil gambar produk saya untuk dimasukkan ke dalam facebook dan Instagram. 

 

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

 PIM sangat banyak membantu saya dalam mendedahkan tentang keselamatan dalam penggunaan media sosial, tips perniagaan dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berurusan dengan pelanggan. Bahkan, saya juga didedahkan cara mengambil gambar produk yang lebih menarik untuk memasarkan produk saya. Ia memberi saya ilmu baru dan membantu saya mengatur strategi untuk mempromosi perniagaan saya. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang perniagaan dan boleh mengikuti trend perniagaan terkini.

 

 Gambar disini