LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Norhidayah bt Hj Alima
Tarikh Lahir : 29 Jun 1987
Umur : 32 Tahun
Pekerjaan : Suri Rumah
Pendidikan : SPM
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 2 orang anak. Saya menetap bersama keluarga di Batu 10, Kampung Penan Muslim. Suami saya bekerja pengawal keselamatan di SK Sg Tisang. Oleh kerana penningkatan kos sara hidup, saya mengambil keputusan membantu suami dengan menggunakan minat dan kebolehan yang ada pada saya.
Sebelum mengenali dunia ICT, saya langsung tidak tahu menggunakan aplikasi telefon bimbit dan komputer. Saya memulakan perniagaan dengan menjual kuih kering di kawasan kampung sahaja. Setelah mengenali internet di PI, saya telah membesarkan pasaran produk di facebook. Dengan itu, saya sering membuka tempahan pada setiap minggu.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Saya telah menghadiri beberapa kali program dan kelas yang telah diadakan di PI. Salah satu bengkel yang sangat berguna ialah Bengkel Fotografi Produk. Ini adalah kerana, untuk membuat pemasaran di internet, gambar merupakan satu factor yang besar untuk menarik minat pembeli. Dengan itu, saya telah menggunakan ilmu fotografi ini untuk mengambil gambar produk saya untuk dimasukkan ke dalam facebook. Selain itu, saya juga belajar cara untuk membuat dan menggunakan emel.
Apakah yang Dipelajari Melalui PI
- Membuat penerangan produk secara lebih terperinci untuk makluman pembeli di facebook.
- Fotografi produk
- Membuat tag Produk
- Kelas ICT
- Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.
- Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
PI banyak membantu saya dalam mendedahkan tentang keselamatan dalam penggunaan media sosial, tips permasarandalam talian dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berurusan dengan pelanggan. Bahkan, saya juga didedahkan cara mengambil gambar produk yang lebih baik untuk memasarkan produk saya. Ia memberi saya ilmu baru dan membantu saya mengatur strategi untuk mempromosi produk-produk saya.