Tarikh  : 15 Julai 2023 
Masa : 9.00AM - 12.30PM
Lokasi : PEDi Kg Penan Muslim 
Peserta : 1 orang 

TUJUAN

Kelas ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari asas menggunakan komputer dimana pelajar diberikan asas pengenalan kepada komponen yang ada pada komputer. Pelajar juga didedahkan kepada cara untuk membuat akaun emel dan kelebihan penggunaan emel supaya pelajar lebih mahir dalam membuat pesanan dan membalas peti masuk yang ada di dalam emel.

AKTIVITI

Para peserta diberikan taklimat KLIK DENGAN BIJAK sebelum bengkel. Kemudian petugas menyampaikan taklimat berkenaan dengan komponen komputer yang wajib diketahui oleh pelajar. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk membuka akaun emel, menghantar mesej melalui emel, membalas emel dan juga menyemak emel.

Gambar Disini