Tarikh        : 18 NOVEMBER 2017

Masa         : 8.30 PAGI – 5.00 petang

Lokasi        : PI1M KG PENAN MUSLIM

Peserta      : 84 ORANG

  

 

 

 

 

Pada 18 November 2017, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim telah mengadakan Program Jom Teroka Dashboard sempena Program Dashboard Komuniti bagi bulan November 2017.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan ICT, kesedaran tentang internet dan aktiviti serta hebahan mengenai Dashboard Komuniti. 

Program bermula pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Taklimat Klik dengan Bijak, Taklimat e-waste, Taklimat Dashboard Komuniti, Bengkel MySoal, Bengkel MyShop dan pemeriksaan kesihatan (Ihealth). Semua pengunjung dimaklumkan mengenai kewujudan aplikasi Dashboard komuniti yang boleh digunakan untuk mendapat pelbagai maklumat serta cara yang mudah untuk membuat hebahan dan maklumat kepada semua ahli PI1M berdaftar.

Pada sebelah petang, program telah diteruskan pada jam 2.00 petang dengan pertandingan Kuiz Dashboard Komuniti dan pengetahuan am tentang Pusat Internet 1Malaysia. Pada akhir program, aturcara penyampaian hadiah kepada para peserta diadakan. Program ini  telah disertai selama 84 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan ibu bapa.

GAMBAR DISINI