Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah asas kepada peralihan infrastruktur digital dengan matlamat untuk menyediakan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh, berkualiti tinggi dan kualiti pengalaman yang baik di seluruh negara.
Kelancaran dan kesalinghubungan digital yang inklusif menjadi asas penting kepada kemudahan mengakses internet dikalangan komuniti di bandar, pinggir bandar dan luar bandar, pembelajaran secara dalam talian serta memacu ekonomi digital negara dan mendorong kesejahteraan bersama rakyat Malaysia.
 
 

Pengantunan Dalam Talian (Cyber Grooming) merujuk kepada pemangsa bermesra dengan kanak-kanak atau mereka yang masih muda untuk tujuan jenayah termasuk seksual. Jom ikuti langkah-langkah melindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian.

Tahukah anda kanak-kanak terdedah kepada bahaya di dalam dunia siber sama seperti di dunia realiti? Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak untuk memanfaatkan internet sebaik-baiknya. Didik anak anda cara untuk bertindak sekiranya perkara buruk atau negatif berlaku pada diri mereka Anda juga boleh memasang perisian kawalan keselamatan yang boleh didapati dari pemberi perkhidmatan internet untuk membantu mengawasi aktiviti anak di dalam talian, menyekat laman web dan aplikasi yang terlarang serta mengurus had masa internet mereka.

 

Hentikan penyebaran maklumat palsu.

 

Buli siber adalah sejenis gangguan dalam talian sama ada dalam bentuk teks, imej, video atau audio yang mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Jauhi perbuatan buli siber dan jadilah pengguna Internet yang bijak dan bertanggungjawab. Jom Klik Dengan Bijak!